Wednesday, March 3, 2010

+Monyet atas dahaN+


Ahad lalu seperti biasa saya bersama kumpulan usrah saya berkumpul.
dan seperti kebiasaan kami akan mulakan dengan bacaan kalam Allah beserta maksud ayat yang kami baca. kemudian diteruskan dengan tazkirah.
haaa..tazkirah minggu ni dibawakan dengan gaya tersendiri tapi menarik oleh kak shima..
sangat banyak contoh2 yang diberikan tapi ada satu contoh ni yang sangat terkesan di hati saya.
ya contohnya kisah seekor monyet di atas dahan sepohon pokok..

ceritanya begini, ada seekor monyet ni sedang bersiar2 di sekitar hutan tempat habitat keluarganya..
suatu hari hujan turun dengan sangat2 lebat beserta guruh dan halilintar. pendek kata keadaan ketika itu sangt2lah menakutkan si monyet ni tadi.
da la dia sedang keseorangan.

dek kerana terlampau takut dengan keadaan cuaca yang sangat melampau dahsyatnya itu,
si monyet ni pun berpaut pada satu dahan pokok ni.
monyet itu berpaut sekuat hati sampailah hujan, ribut taufan pun berlalu..
maka terselamatlah si monyet itu tadi dek berpaut separuh mati dengan dahan pokok tersebut.
namun, apabila cuaca kembali reda, si monyet ni terlena di atas pokok tempat dia berpaut tadi,
oleh kerana terlalu lena si monyet ni pun tergolek jatuh ke tanah..
kesian dia..

baiklah di sini cuba anda fikirkan apa motif kisah ni dibawakan?
monyet-dahan-cuaca buruk-cuaca baik-jatuh?

apa kaitannya dengan kehidupan manusia ye?

emmm.....

ok mari kita relate cerita ni dengan kehidupan kita sebagai manusia..

kalau kita amati manusia, muslim khususnya, kita biasa akan memohon pertolongan, mengadu domba, berdoa separuh mati pada Khaliq kita bila kita dalam keadaan genting, lelah, sedih, susah..

namun pabila nikmat sudah di terima kadang2 kita jadi lupa pada Si Pemberi nikmat itu, sampai terkadang kita sombong pula dengan bantuan yang diberikan tanpa rasa bersyukur dan merasakan apa yang diperoleh itu atas hasil usaha kita..SOMBONG
padahal kalau Allah nak tarik balik nikmat tu lebih pantas dari kadar kerlipan mata kita je..
itupun tanda Allah masih sayang pada kita, Dia mahu kita kembali kepadaNya.
tetapi ada pula bila Allah uji dia jadi buruk sangka padaNya..dan makin jauh pula dari Allah...nauzubillah

jadi teman2 marilah kita sama2 bermuhasabah..
ingatlah Allah sentiasa tak kira dalam susah atau senang..kerana kita pun tak tau dalam keadaan yang mana kita sedang di uji..sewaktu kita senang atau susah..
beringatlah selalu bahawa kita hambaNya memang layak diuji..
Consequences dari sebuah ujian juga ada dua..ya sama ada mendekatkan diri pada Allah atau kita jadi lebih jauh dariNya..
maka mintalah agar kita semakin menghampirinya pabila kita diuji..
jadikan ujian itu tarbiyyah kehidupan sebagai khalifah di muka bumi Allah..

firman Allah :

"Dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan Dia mengangkat (derajat) kamu di atas yang lain, untuk mengujimu atas (karunia) yang diberikanNya kepadamu. sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh, Dia Maha Pengampun Maha Penyayang." surah Al-An'am ayat 165

4 comments:

  1. Alhamdulillah, smoge ape yg dsampaikan sntiase trsentap di hati. cume nk tmbh, ari tuh kte adekn selawat ke ats junjungan kte Nabi Muhammad S.A.W mse usrah, tp dsbbkn kak ima lmbt, jdik trmissed lh plk.

    ReplyDelete
  2. alo ye ke??
    sowila ad emergency case hr 2..
    xdpt dielakkan..pape pn tq 4 the info dear

    ReplyDelete
  3. slm....
    artikel yg bgus....
    bykkan lagi bercerita tentang alam dan related kan dgn khidupan kita...
    Kerana Allah sentiasa menyuruh kita berfikir tentang ciptaan2nya, kerana beruntunglah orang2 yg berfikir...

    ReplyDelete
  4. salam..
    syukran wak atas comment yg membina..
    insyaAllah marilah kita semua menulis utk kbaikan ummah..
    jazakallah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr Ima said

kepada para pembaca..blog ini wujud atas dasar rasa ingin berkongsi cerita..mostly diambil dari pengalaman peribadi dan selebihnya diambil dari blog-blog yang terpercaya insyaAllah. semoga perkongsian ini berguna. jika tidak saya mohon dimaafkan kesalahan saya. jika ada yang nak copy dari mana-mana post dipersilakan. sesungguhnya yang baik semua datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan saya sendiri atas kehendaknya juga. wallahua'lam