Tuesday, February 21, 2012

BIG HEART ------;{@


Hari ini bukan hari lahir saya..bukan juga mereka
tapi hari ini hati saya berbunga ceria lebih bahagia dari pemimpin menang pilihanraya..
it's not that BIG EVENT...its just 2 phone call that i've made....
alhamdulillah Allah masih dan masih dan masih beri saya kesempatan mendengar khabar ayahanda dan bonda saya walau dari corong telefon cuma...ia berharga..
alhamdulillah mereka dalam sihat sejahtera..tenang sedikit resah jiwa..

Sehari sebelum saya berangkat pulang ke pangkuan rantau kelmarin, Allah izin, saya sempat temankan ayahanda buat regular medical check up..semakin hari saya makin gusar melihat pil-pil yang ayah saya perlu consumed..makin bertambah..jadi peluang ikut beliau buat medical check itu amatlah saya nantikan..saya nak tahu dan dengar sendiri kondisi penyakit ayahanda saya..

masyaAllah, Allah takdirkan gula darah puasa ayah saya tinggi..15omg/dl which is really high..it supposed to be <110mg/dl..kadar kolesterol dlm darah pulak 239 kira borderline risk untuk penyakit jantung...dan yang menyesakkan dada apabila prescription ubat yg doctor bagi semua level tinggi..doctor buat next appointment 29 feb kurang sebelum dari appointment lepas..

kuliah baru bermula, block pertama semester akhir ni adalah paediatric and gerantology..ilmu tentang perkembangan bayi dan penuaan...memang menguji ketabahan..sepanjang 2minggu belajar subject tersebut fikiran terus menerus mencantumkan gejala sakit ayahanda dengan proses penuaan..Allahuakhbar..ayahku semakin lanjut usianya..sesuai waktu tubuhnya makin mudah diserang pelbagai jenis penyakit kerana sel-sel sudah mula berhenti membahagi dengan aktif..kadang-kadang hati terasa ingin terbang pulang menjaga kesihatan mereka2 yang saya sayang..tapi takdir saya di sini..jauh dari sisi mereka..maka bertanya khabar lewat telinga ke telinga itu pun sudah sangat cukup membuatkan saya lega..Allahuakhbar..

Saya dapat satu peringatan dari Allah..bahawasanya tiadalah kudrat dan upaya saya sebagai insan biasa yang juga 101% mengharap hanya pada Allah untuk menjaga mereka yang saya cinta..melainkan Allah jualah pelindung terbaik buat mereka..saya sebagai anak hanya berserah?? oh pasti tidak....saya perlu berusaha menimba sebanyak ilmu yang mampu (dunia akhirat) agar saya dapat menjadi doctor yang terbaik buat agama, bangsa dan keluarga disamping mendoakan mereka di kejauhan...

“Dan ucapkanlah doa: Wahai Rabbku, kasihilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka telah mendidikku semenjak kecilku.” (Al-Isra: 24) (Tafsir Ibnu Katsir, 6/192)

ya Allah semoga aku menjadi anak yang solehah yang mana doaku kelak menjadi benteng ibu dan ayahku dari api neraka.

ya Allah semoga tiada tingkahku yang bakal menghumban ibu dan ayahku ke nerakaMu

ya Allah ampuni aku andai ada laku ku yang telah merobek hati ibu dan ayahku, rahmati mereka ya Allah dan satukan kami dibawah naungan cintaMu di syurga kelak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr Ima said

kepada para pembaca..blog ini wujud atas dasar rasa ingin berkongsi cerita..mostly diambil dari pengalaman peribadi dan selebihnya diambil dari blog-blog yang terpercaya insyaAllah. semoga perkongsian ini berguna. jika tidak saya mohon dimaafkan kesalahan saya. jika ada yang nak copy dari mana-mana post dipersilakan. sesungguhnya yang baik semua datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan saya sendiri atas kehendaknya juga. wallahua'lam