Saturday, September 18, 2010

Lebaran 1431 Hijrah

Bismillahirrahmanirrahim..
segala puji bagi Allah yg menciptakan makhluk2Nya dengan variasi asal kejadian..
namun atas bumi ini kita dihimpunkan di bawah lembayung ultraungu yg sama, di bawah atmosfera yg sama, di dalam hembusan udara yg sama..
Allahuakhbar..Dia Maha Adil terhadap setiap makhluk ciptaanNya..

hari ini genap 9 syawal..iaitu hari ke-9 umat islam merayakan kemenangan..
ya, kemenangan mengharungi tarbiyyah ramadhan..lalu mdapat piala taqwa..
alhamdulillah kalau ianya begitu..
ataupun kita merayakan kemenangan menahan lapar dahaga selama sebulan lalu syawal adalah saat yg dinanti2kan utk kita kembali melampiaskan nafsu makan kita diwaktu siang hari..
mari kita renung2 kembali..
setelah menjalani bulan mulia ramadhan apa kita dptkan?

1. Adakah kita rasa lbh dekat pada Allah atau tiada beza?

atau

2. Adakah kita rasakan kita makin lupa padaNya? makin malas beribadah? nauzubillah

kata ustazah sy 1 ketika dl..
jika tepuk dada:

tanya pada hati kelak mati..
tanya pada nafsu kelak lesu..
tanya pada akal kelak menipu..
lalu tanya pada iman pasti dapat jawapan..


dibawah ada beberapa hadis sy lampirkan tentang....KELEBIHAN RAMADHAN

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

~wahai diri..tidakkah kau lihat betapa Allah mcintaimu lalu Dia cipta 1bln khas buatmu mendekatiNya?? alpanya aku dlm menilai kasihMu Tuhan....:'(




Sunday, September 12, 2010

setelah sekian lama


Bismillahirrahmannirrahim..ya Allah da bersawang da blog ni....
hihi sbuk smpai lame da x jenguk...
selama hmpir 4 bulan di tinggalkn..
sgt byk pkare yg saya lalui......
byk pengalaman yg saya dapat......
byk pengajaran yg saya peroleh internal n external..
ALLAHUAKHBAR..Allah memang Maha Besar..

buat masa ni yg boleh sy rangkumkn dlm 4bln tanpa suara ini..

1.'what u give u get back'

2.'experiances is the best teacher, it make us be someone better'

3.'ukhwah yg tbina dgn basis iman juga hala tujunya kerana Allah, walau badai melanda ia akan pulih semula'

4.'setiap manusia yg Allah ciptakn itu mulia, xkira dia pelacur, perompak or bukan islam skali pun, perlakukan mereka selayaknya manusia,kerana kita pun belum tjamin taqwa n mulia untuk hina sesiapapun juge'

5.'dunia ini terlalu fana, seperti lautan dalam makin kita mdekati makin kita tenggelam, makin kita meneguknya makin kita rasa haus, xkn puas xkn cukup maka cukuplah apa adanya, bersyukurla selayaknya'

6.'takkan dikatakan beriman seseorang manusia slagi kita belum diuji imannya'

7.'berkongsilah ilmu Allah walau sedikit, berilah pemahaman pada mereka yg belum paham nescaya Allah akan mperbanyak ilmu buatmu, kerna jika Allah mahukan kebaikan pd seseorang maka akan diberikan kepada hambaNya itu pemahaman dalam agama'

8.'jangan sombong dengan pengetahuan agamamu kerana belum tentu kau memahami apa yg kau tahu.'

9.'kasih ibu membawa ke syurga, tiada tandingn walau dunia taruhannya'

10.'kita akui kita beriman, tapi sudahkah kita percaya dalam hati yang paling dasar sehingga segala tingkah kita persis orang beriman?'

terlalu byk..tidak, bukan terlalu malah terlampau byk yg sy peroleh spjg 4bln ni...
ALLAHUAKHBAR..Dia memang Maha Besar...
tak terungkap kesyukuranku atas kurniaNya..
spjg 4bln ini juga sy melihat transformasi2 shbt2 yg tercinta..
andai sy punya daya...punya kekuatan..ingin skali sama2 beriringan menuju syurgaMu Tuhan..
kupujuk hati..pasti akn tiba satu ketika ku mampu raih tangan mereka..akan ku genggam seeratnya agar mereka x berpaling buat kali keduanya...

sy cinta mereka kerana Allah..
mahu skali ku bersahabat ibarat jika mereka hmpir tersungkur ke lembah neraka akan ku terjun lalu tgn mereka kuraih agar bisa kami beriringan menuju syurga..begitula yg kuharap andai ia berlaku sebaliknya..wanauzubillah utk kedua2 situasi tersebut


"wahai Yang Maha mencipta hati, Ya Allah tetapkanlah hati hambaMu ini dalam menggenggam agamaMu, Engkau Yang Maha Memberi kekuatan itu lalu perkenankanlah Ya Allah"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr Ima said

kepada para pembaca..blog ini wujud atas dasar rasa ingin berkongsi cerita..mostly diambil dari pengalaman peribadi dan selebihnya diambil dari blog-blog yang terpercaya insyaAllah. semoga perkongsian ini berguna. jika tidak saya mohon dimaafkan kesalahan saya. jika ada yang nak copy dari mana-mana post dipersilakan. sesungguhnya yang baik semua datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan saya sendiri atas kehendaknya juga. wallahua'lam