Monday, March 8, 2010

(Kisah Kelahiran Vs Kematian)

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."

~hari ini dan kelmarin Allah...dua hari yang menginsafkan..indahnya percaturan Tuhan..~

sebuah kehilangan
kelmarin, dada ku sesak, sebak diberitakan seorang sahabatku yang baru2 ini kehilangan ibu tercinta...dalam diam menderitai sakit barah tulang tanpa pengetahuan anak2 tersayang...ya setiap yang hidup pasti akan menghadapi kematian....akhirnya kembali beliau kepangkuan Allah pemilik roh dan jasad makhluk2nya..
bersemayamlah dikau wahai ibu yang penyayang dengan tenang dan bahagia disisi Rabb mu...

untuk sahabatku sayang, maafkan daku kerana tak dapat meminjamkan bahuku buat mendamaikan kesedihan yang dikau rasakan saat ini..namun sahabatku..dikau tetap dalam ingatan..cuma doa kudus dapat ku hadiahkan agar dikau wahai serikandi islam di berikan kekuatan menjalani hidup sepimu tanpa seorang ibu..sabarlah wahai sahabatku, sesungguhnya ternyata dirimu sedang diuji oleh yang Maha Berkuasa..jangan sesekali lupa mendoakan ibumu disana...kerana ketika ini hanya ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan DOA ANAK YANG SOLEH menjadi bekalan penentu jalan masuk ibumu ke syurga jannah...semoga kita bersama2 berusaha menjadi anak solehah yang dapat menjadi tabir neraka buat ibu bapa kita di akhirat sana..insyaAllah...La Tahzan sahabatku...




Sebuah Penghidupan

hari ini, dada ku lapang, gembira bukan kepalang...menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana menyambut kelahiran bayi yang suci bersih ke dunia, di lihat pada suasananya saja kita sudah dapat menggambarkan kebahagiaannya...mungkin begitulah perasaan yang di rasa mama ku sewaktu melahirkanku suatu saat dulu...namun dalam bahagia dapat ku lihat bagaimana sakitnya si ibu yang melahirkan..ada seorang patient sampai perlu di jahit laluan bayinya yang terkoyak dek meneran terlalu kuat..mungkin dia tak dapat menahan akibat sakitnya bersalin yang teramat sangat..ya kami yang menyaksikan juga terasa nyerinya..indahnya kasih ibu..sedikitpun si ibu itu tidak berkeluh..malah bila disua bayinya..dia terus dakap seeratnya walaupun dia sudah banyak kehilangan tenaga..Ya Allah sungguh indah anugerahMu terhadap kaum hawa..di mana sifat Ar-RahimMu yang tertumpah di jiwa mereka amat teguh sehingga mereka dapat melupakan sakit yang di tanggung pabila dapat mendakap cahaya mata mereka..SubhanAllah...
buat bayi yang baru dilahirkan ke bumi Tuhan yang fana ini..ku lampirkan secebis kasih tanda ingatan setulus iman..untuk peringatan dirimu jua diriku..ingatlah sayangku betapa besar pengorbanan ibu..menahan siksa demi memberi peluang kita merasai kehidupan dunia..


11 Pesanan Untuk Anakku

SUATU ketika, Lukmanul Hakim telah berpesan kepada anak-anaknya. Kata sahabat Nabi yang alim dan bijak berfalsafah itu....

I. Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai yang telah karam di dalamnya. Jika engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah.

2. Wahai anakku, orang yang berasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat serta taat kepada Allah, maka dia itu orang yang tawaduk, lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat.
3. Wahai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu itu adalah bagaikan baja untuk tanam-tanaman.

4. Wahai anakku, ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya itu lebih mudah daripada mengajar orang yang tidak mahu diajar.

5. Wahai anakku, apabila engkau mempunyai dua pilihan, menziarahi orang mati atau hadir ke majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati kerana ia akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi semata-mata.

6. Wahai anakku, janganlah engkau menelan sahaja kerana manisnya sesuatu makanan dan janganlah memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu makanan itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

7. Wahai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya, kerana ia tidak ubah seperti orang yang mencari kayu bakar, tetapi setelah banyak, dia tidak mampu memikulnya, padahal dia masih mahu menambahkannya.

8. Wahai anakku, bila mana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih beru-
saha menginsafkanmu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Jika tidak demikian, maka berhati hatilah.

9. Wahai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

10. Wahai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata-kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya, bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

11. Wahai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya, janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.


Mastika 11 2007~seribu warna pelangi




kedua2 kisah yang sangat terkesan di hatiku....diri ini juga seorang anak yang terkadang khilaf dalam menjalani amanahNya..maafkan anakmu ini ibunda dan ayahanda...daku sentiasa berharap agar terus dikasihi Allah dan kedua ibu bapaku...daku juga sentiasa mengharap redha Allah juga redha kedua ibu bapaku..smoge diri ini beroleh ketenangan di dunia juga akhirat...uhibbukum fillah abadan abada..

4 comments:

  1. picture kita same la dik..haha =))

    ReplyDelete
  2. gmbar batu nisan 2 eh kak??
    hihi sori2 xperasan la..
    xpe sharing is caring bleh?
    =)

    ReplyDelete
  3. sesungguhnya Allah Maha Kuasa,
    DIA pisahkan sesuatu roh itu dr sesuatu jasad yg lama, kmudian dia ciptakan sesuatu roh itu kedalam jasad yg baru.
    Hebat sungguh ciptaan Allah itu.
    Oleh itu, bersyukurlah kita krn dilahirkan di dunia ini atas nikmat Islam dn sempurna , jdi gunalah nikmat itu sebaik munkin. serta ingtlh kita akan perit seorg ibu melahirkan anak, krn pasti suatu hari nnt kita pasti merasainya juga, insyaAllah.
    Jazakallah akak for the sharing.
    sy suka sngt2 utk pesan Luqmanul Hakim tuh. =)

    ReplyDelete
  4. akak pn ske..smoge kita amalkan kalo xmampu semua at least sbhgian drpdnya insyaAllah..=}

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr Ima said

kepada para pembaca..blog ini wujud atas dasar rasa ingin berkongsi cerita..mostly diambil dari pengalaman peribadi dan selebihnya diambil dari blog-blog yang terpercaya insyaAllah. semoga perkongsian ini berguna. jika tidak saya mohon dimaafkan kesalahan saya. jika ada yang nak copy dari mana-mana post dipersilakan. sesungguhnya yang baik semua datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan saya sendiri atas kehendaknya juga. wallahua'lam