Monday, May 21, 2012

Bila...air, bedak bayi & telur bersatu..:)))

jalan2 mencari telur puyu,
assalamualaikum, how are you? ^______~

lain macam je entry kali ni kan?
hari ini merupakan hari lahir saya yg ke 24..
hampir suku abad saya da bernyawa menghirup udara di bumi yang fana..
Infinity terima kasih Ya Allah atas nikmat islam, iman & segala milikMu yang telah Kau ehsankn buatku..

subhanAllah, cepat sungguh masa berlalu, masih terngiang2 diri ini bertatih membaca A, B, C..
masih teringat ciuman bunda tercinta saat beliau mengajarku alif ba ta..
hari ini aku di sini, jauh dari pandangan keluarga..
alhamdulillah masih tegar berjalan tangkas di bumi Ar-Rahman tnpa berkurg sedikit pn nikmat dariNya..
byk doa2 & ucapan dari keluarga & sahabat2 seperjuangan..syukurnya hidup tidak seorang..

mari saya nak bawa kalian mengenali keluarga multiland sy kat sini..
berenam kami bernaung dlm sebuah rumah diberi gelar baitul sakinah..
baitul-rumah
sakinah-nyaman, sejahtera, tenteram & seumpamanya
kami memilih rumah ni sebagai doa untuk setiap ahlil bait ni sntiasa dlm sakinah..insyaAllah

keluarga multiland ini terdiri dari beberapa negeri semenanjung MAlaysia, ada selatan, ada metropolitan, ada perak darul redzuan, ada dr negeri cik siti wan kembang & juge ada dari ganu kito..\
alhamdulillah da 2thn kami bersama..byk kami belajar, dr tahu makan kepada tahu masak, ibunda kamilah org paling sibuk setiap kali anakanda mereka ni telefon minta resepi..aduhh susah juge ye nk jd anak dara sunti..
menariknya dek kerana kami berasal dari negeri yg berbeza al hasil byk perisa makanan kami dpt rasa....seronok sangat ^^, ia merupakan cara paling cepat anda kenal sesebuah budaya negeri tersebut walau anda tidak pernah menjejakkan kaki anda di sana..cool tak?? hihi

lebih hebat lagi keluarga baitul sakinah saya adalah sahabat usrah saya..kami bersama2 bertatih belajar ilmu Allah, memperbaiki diri, saling mengingati..merekalah orang yang pertama mendengar saya ketawa & mereka jugalah yang akan duduk di sisi saat saya menangis..

mereka menerima setiap sisi diri ini seadanya, masyaAllah..terharu sangat..
dengan mereka, saya solat berimam & kadangkala mereka makmum saya, kadangkala tasmi'hafazan bersama..
study juge merekalah orangnya..sungguh multidisiplin sahabat2 saya ni..
merekalah sahabat merekalah nyawa..
walau hari ini saya menjadi mangsa adunan air, bedak bayi & telur..
sehingga rambut saya keras seperti disembur spray nyonya, & baju saya bau hanyir mintak ampun..
saya tetap bahgia & bersyukur punya mereka..

terima kasih sahabat2 tercinta..belum pernah saya merasa di 'prank ' sebegitu rupa..hihi
baju boleh ganti...tapi sahabat & kenangan indah bersama xmungkin dijual di pasaraya walau paling grand dalam dunia..kerana mereka ku cinta kerana Allah..

sedangkan Rasulullah SAW ada sahabat yg setia seperti saidina Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Usman Bin Affan juga Ali bin Abu Thalib untuk berjuang mengakkan syiar Islam..
inikan saya, hamba Allah yg hanya seteguh rama2..terbang berseorangan akan sirna tujuannya..lembik, lesu, bukan siapa2
Rasulullah SAW pernah bersabda tentang cintanya terhadap sahabat2 baginda..
“ Takutlah kepada Allah, takutlah kepada Allah mengenai sahabat-sahabatku. Janganlah kamu menjadikan mereka sebagai sasaran caci-maki sesudah aku tiada. Barangsiapa mencintai mereka, maka berarti dia mencintai aku. Dan barang siapa membenci mereka, maka berarti dia membenci aku.”

( HR. At Turmudzi )




mereka adalah insan2 yang selalu sentiasa mbuat itsar untuk saya...

Firman Allah
sesungguhnya Allah telah ridha terhadap orang-orang mu’min, ketika mereka berjanji setia kepadanya dibawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka, lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya).”

( QS. Al Fath : 18 )

terima kasih ahli baitul sakinah..moga kite terus berpimpin tangan menuju jannah, menggapai redha menegakkan sunnah..<3









Sunday, May 20, 2012

KAMU

Tanpa kamu ku terokai
pasti hari ini insan masih lugu percaya teori Darwin
manusia berakal waris sang kera
Hilang logik pemikiran, tenat
Andai secantik Balkis namun tiada kamu sebagai perisai
Hilang hormat tiada alas an ku pertahankan

Tanpa kamu ku gali
Pasti ku tidak mengerti hakikat asbab aku berdiri
Tidak wujud tamadun peradaban, hanyut
hidup tanpa batasan tanpa pedoman, buntu

Tanpa kamu ku pelajari
Syahadah cuma bermukim dibibir sia-sia
Tiada nilai, tiada makna, disebut tanpa hati fakir, dina
Tidak sampai maksud kepada Sang Pencipta

Tanpa kamu ku cari
Sejarah alpa pasti menghantui, jahil kembali jahil
Tak kenal Allah mahupun UtusanNya
Buta Al-Quran lagikan sunnah Baginda, punah umat manusia

Tanpa kamu di dada
Walau terhampar segunung permata
Pasti sirna sedetik kerdipan mata, tanpa sisa
Berbaki sia-sia malah dosa, hancur

Maka termaktub segala bukti
Kamu paling dikehendaki
Buat mengisi kering budi, luntur akhlak, kosong nurani
Buat memandu ke jalan Tuhan, kenali Rasul, perbaiki kehidupan demi akhirat
Buat menerangi lorong jahiliyah dengan neon kemuliaan
Biar daif harta, jangan minimal taqwa
Kerana kamu bekal, sisipan saat menghadap Dia
Setiap kamu mereka dapatkan dariku
Ganjarannya kudapatkan saat lena selamanya

Kerana kamu lebih bernilai dari manikam, kata si jauhari
Mampu membutakan mata dek cerlang cahayamu
Layaknya hanya kamu warisan Rasulullah buat kami dari kalam dan hadis
Kerana kamu kami masih disini tidak berhenti mendalami hingga akhir nafas terhenti.







Contengan untuk minggu akademik..
ilmu itu lebih terang dari pelita, lebih benderang dari cahaya..
bangsa berilmu, bangsa berjaya..
salam cinta krn Dia ^__^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr Ima said

kepada para pembaca..blog ini wujud atas dasar rasa ingin berkongsi cerita..mostly diambil dari pengalaman peribadi dan selebihnya diambil dari blog-blog yang terpercaya insyaAllah. semoga perkongsian ini berguna. jika tidak saya mohon dimaafkan kesalahan saya. jika ada yang nak copy dari mana-mana post dipersilakan. sesungguhnya yang baik semua datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan saya sendiri atas kehendaknya juga. wallahua'lam