Friday, March 5, 2010

BeWaRe!!! KaTa-KaTa BiSa MeMbInAsAkAn....

Rasulullah Muhammad SAW, dalam sabdanya, ”Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah berkata baik atau sebaiknya diam.” (HR Bukhari Muslim).

pernah saya mendengar pepatah mengatakan lidah adalah senjata yang lebih tajam dan merbahaya daripada mata pedang..

kalau di fikirkan dari segi logik apa yang boleh si lidah ni perbuat sedangkan letaknya di dalam mulut dan dipagari oleh barisan gigi..di sini menunjukkan sebenarnya lidah kita dicipta dengan sangat terjaga..mengapa begitu ye? kenapa mata yang digunakan untuk melihat, telinga yang digunakan untuk mendengar dan hidung yang dicipta untuk menghidu tidak Allah cipta pagar2 untuk pancaindera yang ini..mengapa lidah terlalu istimewa??

dapatlah saya tafsirkan disini bahawa betapa Allah mahu menunjukkan kita sebagai hamba ni perlulah lebih menjaga pancaindera yang satu tu.. kerana ianya terlalu istimewa dan jika tidak dijaga akan membahayakan makhluk lain juga bisa membinasakan diri sendiri..dan mengapa sampai Rasulullah pun berpesan supaya jika tiada perkataan yang baik nak di lemparkan lebih baik kita diam?

kerana lidah kita amat mudah meluncurkan kata-kata yang mana kalau kata2 itu buruk maka dampak buruknya bukan hanya kelihatan di dunia malah kelak akan diperhitungkan di akhirat..

kerana lidah la si tanggang menjadi anak derhaka,
kerana lidah la si isteri di ceraikan suami,
kerana lidah la terputusnya hubungan persaudaraan,
kerana lidah la dua negara berperang,
kerana lidah la manusia terjerumus kepada kemunafikan,
kerana lidah la manusia berbunuhan,
kerana lidah juga bisa terlunturnya akidah..wa nauzubillahi min zalik'

maka, kerana itu diam adalah jalan keselamatan
namun bukanlah bermakna kita jangan langsung bersuara kerana jika begitu tidaklah Allah menciptakan lidah untuk kita..

sebenarnya si lidah ni juga punya tujuan mengapa dia diciptakan.

antaranya ialah
- berdakwah pada jalan Allah
- menyatakan yang haq
- mengalunkan ayat2 suci al-Quran
- berdzikir
- berdoa
- berselawat ke atas Rasulullah
- mengucapkan salam dan menjawabnya
- mengajarkan ilmu pengetahuan
- menyampaikan hikmah dan nasihat
- berkata jujur dan banyak lagi

nah, kalau kita lihat dari list kat atas tak ada satu pun yang buruk kenapa Allah anugerahkan kita lidah ni kan..
tapi kitalah yang sengaja membinasakan lidah kita ni dengan bantuan dan perdaya syaitan..


Barra' bin aazib berkata, "seorang arab Badwi pernah bertanya kepada Rasulullah: " tunjukkan kepadaku amalan perbuatan yang dapat memasukkan diriku ke dalam syurga. " Rasulullah SAW bersabda " Berilah makan orang yang lapar, berilah minum orang yang dahaga, perintahkan yang ma'ruf dan cegahlah kemungkaran. jika kamu tidak mampu, maka tahanlah lidahmu kecuali dari ( berkata-kata ) yang baik." (H.R Abu Dunya dengan sanad Sahih)

jadi untuk berdakwah atau mengajak ke arah kebaikan dan mengucapkan kata2 hikmah amatlah digalakkan
Rasulullah menegaskan dalam sebuah hadith:
" barangsiapa melihat kemungkaran hendaklah ia mengatasinya dengan tangannya (kekuasaannya), jika tidak mampu dengan lidahnya (perkataannya), dan jika tidak mampu juga barulah dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman" (H.R Bukhari dan Muslim)

jadi sahabat2ku sekalian marilah kita mula berubah..
perlahan2 tapi istiqamah insyaAllah tapi jangan langsung tak mencuba berubah..
semoga Allah membantu niat suci kita insyaAllah..salam ukhuwwah



4 comments:

  1. syukran for the post, btol mmbantu sy mngingati senjata yg palim tajam tusukannya klau disalah gunakan. sy ingtkan diri sy sndiri, tp kadang2 kta xsedar, bhwa sesuatu prkataan itu, bg kita munkin biasa, tp bg org len, munkin pedih. jdi waspadalah trhdp sesuatu perkataan yg kita ungkapkn, Allah jgk anugrahkn akal utk kta brfikir, jdi gunalh segala pancaindera kurniaan Allah dgn sebaik-baiknya. Muhasabah diri.

    ReplyDelete
  2. btol la 2 awin..
    akak menulis ni akak dpt ilham dr post awin kat fb..
    utk ingtkn diri sndiri juge..jd buat sume yg mengenali sy..kalo anda pernah tluka or tguris rase dgn kata2 sy..
    tlg maafkn kekhilafan sy ye..
    sy manusia biasa yg xlari dr ksalahn.. =(

    ReplyDelete
  3. sye pown same...kdg2 geram sgt..terlepas...pernh je smpi ngis...huhuhu..dasat jgk sye ni...tu yg sye suke berdiam je berbndg berkate2...hai...biarla...ALLAH je yg tau perasaan ini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr Ima said

kepada para pembaca..blog ini wujud atas dasar rasa ingin berkongsi cerita..mostly diambil dari pengalaman peribadi dan selebihnya diambil dari blog-blog yang terpercaya insyaAllah. semoga perkongsian ini berguna. jika tidak saya mohon dimaafkan kesalahan saya. jika ada yang nak copy dari mana-mana post dipersilakan. sesungguhnya yang baik semua datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan saya sendiri atas kehendaknya juga. wallahua'lam