Tuesday, May 24, 2011

23 tahun telah ku jalani....

alhamdulillah, hari ini usiaku menginjak lagi ke satu angka..perasaan bercampur baur..GEMBIRA,BERSYUKUR,SEDIH,KECEWA,TERTANYA-TANYA?

weird, yes its weird

aku 1. GEMBIRA kerana hari inilah aku mendapat doa-doa yang melimpah dari semua yang mengenaliku, antaranya (i picked it randomly)

~semoga sentiasa di dalam rahmat dan kasihNya
~Semoga penambahan usia menjadi-kan satu pengajaran bhw perlu-nya sentiasa menambah-kan kefahaman kpd Islam, peng-islahan diri & amalan demi menyiap-kan diri(prepare) utk ber-temu Tuhan kita, a'zza wa jalla. Moga2 niat & amalan2 diperkenan-kan oleh-Nya,Rabb al-A'lami
~may Allah bless u with the best dear
dan byk lg doa2 mereka yg SubhanAllah hadiah yang paling membahagiakan. betapa masih ramai yang kasihkan saudara mereka yang seorang ni..(semoga anda semua sentiasa dalam rahmat Allah ^^,) i keep on thinking that mama and dady yang suppose to get all the prayers as because of them im here to be your friend, your siblings, your classmate, and your so on and so forth..


cheese cake by my naqibah= kak mahfuzah hazirah <3


our homade choc cheese cake by me and natrah ^^,

sangat 2. BERSYUKUR kerana Allahuakhbar, Allah masih memberi lg diriku yang hina ini untuk menghirup ihsanNya di muka bumi ini, bersyukur kerana di lahirkan dalam keluarga Islam, masih memberi peluang untuk aku bertaubat, memperbaharui azam, memperbaiki diri, membahagiakan mama n dady, berkhidmat untuk yang memerlukan, berusaha menjadi manusia yang muslih..(alasan orang yang suka bertangguh dalam melakukan kebaikan selalu je mintak umur panjang :'L )

tapi sangat 3. SEDIH kerana makin bertambah usia makin banyaklah peluang2 syaitan untuk menghasut ke arah kemungkaran, makin panjang akal aku nak mencari helah membuat kesilapan, makin terbuka ruang untuk diri mendabik dada dengan nikmat yang bukan ku punya, masih banyak khilaf yang belum ku kurangi, paling sedih bila aku tahu siapa diriku di sebalik tudung itu...aku lupa makna disebalik namaku.

amat 4. KECEWA pabila terkenang sirah Rasulullah yang pada usia baginda sepertiku akhlaknya telah menjadi contoh, peribadinya disenangi, dirinya bersih dari noda, tapi aku masih terserpih karat jahiliyah, akhlak ku masih banyak kekurangan, peribadiku tidak sentiasa menyenangkan malah aku tahu selama 23tahun usiaku terlalu banyak lumpur hitam yang menjadi pakaianku,
bertambah kecewa bila ku soroti kisah Sultan Muhammad Al Fateh yang waktu usianya sepertiku kota Konstatinopel telah di takluknya, sekaligus beliaulah yang termaktub dalam hadith nabi SAW iaitu" sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera ". tapi aku? siapa diriku? ketika aku di amanah memimpin, maksiat depan mata aku cuma mampu membenci di dalam hati (selemah2 tingkatan iman), apa yang aku sampaikan tak mampu menyentuh hati madĂș2 ku, kemudian ku lihat pada susuk seorang Aisyah Humairah yang Rasulullah kahwini sewaktu usia 9-10tahun, di waktu usia seperti ku beliau telah menjadi ummul mukminin, beliau menghafaz hadith Rasulullah, beliau mengajar majlis ilmu, tapi aku?? Allah sia2 usia 23tahun ku di muka bumi..

dan akhirnya aku 5. TERTANYA-TANYA adakah akan ku ubah diriku yang dulu, akankah aku menjadi aku yang baharu? aku yang menjalani 10 muwasaffat tarbiyyah?

1)Akidah yang sejahtera(Salimul Aqidah)
2)Ibadah yang shahih(Sahihul Ibadah)
3)Akhlak yang sempurna(Matinul Khuluq)
4)Tersusun urusannya
5)Sihat tubuh badanya(Qawiyal Jism)
6)Berdisiplin dengan masa(Harithun ala waktihi)
7)Pandai berdikari
8)Bersungguh sungguh melawan hawa nafsu(Mujahadah ala nafsi)
9)Bermanfaat untuk orang lain(Nafiaun li ghairihi)
10)Berilmu pengetahuan(Mutsaqqafal Fikri)

mampukah aku menjadi manusia yang paling bermanfaat?? too much questioning will stoping u from taking a step...

hari ini, saya akan memperbaharui azam saya, hari ini harus lebih baik dari semalam, hari ini saya jangan minta di ringankan ujian tapi saya harus minta Allah memberi kekuatan dalam menghadapi ujian kerana saya tak mahu menjadi Islam yang LEMAH, LEMBIK, MANJA... saya berazam untuk jadi muslimah yang KUAT, BERSEMANGAT, BERANI menghadapi kebatilan demi menegakkan yang HAQ. wahai anda yang membaca, saya minta doa anda..terima kasih, semoga anda tetap dalam iman dan ihsan Allah

pilihanku pilihanmu?


waktu berlalu,
meneruskan zikir fitrahnya,
meninggalkan insan alpa,
melalui tanpa bekal,

janji Khaliq mu,
pilihan cuma dua,
neraka atau syurga.

syurga,
kau mahu?
dunia itu lawan,
titis airmata juga darah,
bercerai jasad dari badan,
laluan sakarat,

neraka,
kau mahu?
dunia ini milikmu,
persetan halal,
agungkan haram,
aman, bahagia kaulah raja.

usia menyingkat,
soal iman mu,
akan kau dapati apa isi jiwamu,
bibir biar beku,
waktunya hati bicara..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr Ima said

kepada para pembaca..blog ini wujud atas dasar rasa ingin berkongsi cerita..mostly diambil dari pengalaman peribadi dan selebihnya diambil dari blog-blog yang terpercaya insyaAllah. semoga perkongsian ini berguna. jika tidak saya mohon dimaafkan kesalahan saya. jika ada yang nak copy dari mana-mana post dipersilakan. sesungguhnya yang baik semua datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan saya sendiri atas kehendaknya juga. wallahua'lam