Thursday, March 18, 2010

MEMAAFKAN TAPI TAK MUNGKIN MELUPAKAN???



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
saya melakan dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

entri saya kali ni berkisar tentang SEBUAH KEMAAFAN...

MAAF...bunyi macam mudah tapi Allah je tahu betapa sukarnya kita sebagai hambaNya yang hina ni nak apply dalam kehidupan sehari2..

kadang2 ada juga orang yang cakap macam ni " saya da maafkan semua kesalahan dia, tapi saya takkan boleh melupakan apa yang dia da buat pada saya sampai bila2". pelikkan? kata da maafkan tapi masih tak boleh lupakan.. ketahuilah teman2 slagi mana bersisa dendam di hati kamu ertinya kamu masih belum benar2 memaafkan si fulan tu.. percaya atau tidak tanya balik pada diri kalian apa yang kalian rasa bila tiba2 teringatkan si fulan ni.. mesti ada terdetik rasa tak suka atau marah pada perbuatan dia yang pernah mengundang murka di hati kalian kan? sedangkan kalian da memaafkan dia.. itu tandanya kemaafan kalian tu hanya sebatas di bibir saja tapi tidak sampai ke relung hati.. hati kaian masih tak menerima fatwa kemaafan itu.. itulah DENDAM namanya..

“…dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Surah An-Nuur ayat 22.

lihat ayat di atas..jelaskan firman Allah..dan hendaklah kita MEMAAFKAN SERTA MELUPAKAN kesalahan orang2 itu..
setiap firman Allah itu adalah perintah..maka sebagai hambaNya kita hendaklah melaksanakan perintahNya..

TIDAK SEMUDAH LAFAZ KATA....

ye benar memang orang biasa akan cakap macam ni..saya juga terkadang ada terdetik kata2 macam ni.. tapi jangan biarkan hati kita terdetik begitu terus kerana ia hanya akan menambah titik hitam dalam hati kita.. lihat, hanya dengan tidak memaafkan dan berdendam kita pula yang jadi berdosa sedangkan awalnya kita yang ditindas..kenapa begitu? kerana macam yang saya cakap tadi..sebab Allah dah berfirman (memerintahkan) supaya kita memaafkan dan melupakan.. Allah tau benar makhluk2nya..kalau tak diturunkan ayat ini maka akan porak perandalah muka bumi ini.. hidup takkan aman..dendam yang secebis itu akan menerbitkan benci yang selautan..bila dah timbul benci mula la kita nak membalas kejahatan dengan kejahatan pula... kalau tak pada yang berbuat jahat pasti kepada mereka yang tak bersalah kita akan jadikan mangsa..
pernah juga saya terdengar orang cakap "ni semua salah dia, kalau dulu dia tak sakitkan hati aku aku takkan berubah jadi macam ni"
lihat.. natijah tidak memaafkan kita pula yang berubah ke arah negatif...hati kita dah terpalit noda dan dosa akibat dendam dan tak mahu memaafkan..
wahai manusia2 yang berdosa..kalau di hitung setiap perbuatan berapa banyak sangatlah kebaikan atau amal yang kau telah lakukan berbanding keburukan atau kemungkaran yang telah kau lakukan dengan Khaliqmu?? mari kita bermuhasabah... kita sendiri mulia ke sampai tak nak memaafkan orang? sedangkan Allah yang Maha Agung sentiasa mengampunkan dosa2 hambaNya tak kira apa saja kesalahan yang kita lakukan selagi kita mahu bertaubat.. Rasulullah yang mulia juga memaafkan orang2 yang mencaci maki baginda setiap hari.. malah Baginda menyuapkan makanan pada seorang tua yang membencinya.. tak usah jauh2..ingat saja pada ibu dan ayah kita..berjuat2 khilaf kita pada mereka sejak kita dilahirkan.. tapi mereka ada menunjukkan perubahan pada layanan dan kasih sayang ke? tidakkan? mereka masih mampu tersenyum dan masih melindungi kita walau kita ingkar perintah mereka.. cuba tanya pernah tak mereka terasa dengan tindak tanduk kita..pasti mereka akan kata tidak..anak mama semua2 soleh2 mama bahagia ada anak macam kalian..

bukankah itu semua hasil dari sebuah kemaafan?
masih sukar lagi memaafkan dan melupakan? renunglah sendiri siapa kita di sisi Allah dan Rasul atau ibu bapa kita? merekalah yang sentiasa memberi susu dan kita membalasnya dengan tuba pula.. tapi mereka tetap memaafkan dan melupakan.. kalau tak kerana kemaafan mereka tentu hidup kita kini dah porak peranda.. mulia sangatkah sampai kononnya terlalu mahal harga sebuah kemaafan itu? sedangkan kalau kita dapat memaafkan dan melupakan kita akan mendapat ketenangan dan kebahagiaan yang Maha Hebat... hati jadi bersih, jiwa jadi lapang selapangnya.. indahnya... sahabat2 sekalian...kalau memang masih sukar..jangan terus tak berusaha untuk mengikhlaskan maaf itu.. yang penting hati kita mahu untuk cuba melupakan.. jangan langsung tutup pintu hati kita untuk sebuah kemaafan.. siapa yang nak hidup terbelenggu dengan rasa yang tak berkesudahan? setiap dari kita mengimpikan sebuah hidup yang tenang..

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;(Siapakah orang-orang yang bertaqwa?) Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik” Surah Ali Imran ayat 133-134.

akhir sekali sahabat2ku yang ku cintai kerana Allah..dalam hadith jua ada menyebut:

"Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah ketika jiwa dan hati menjadi tenang kepadanya. Sedangkan al-itsm (dosa) adalah yg membingungkan jiwa dan meragukan hati." (HR Muslim)


marilah sama2 kita merubah paradigma kita agar hidup kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..semoga syurga menanti sang pemilik hati yang bersih insyaAllah..
mengingatkan untuk diri sendiri agar bermanfaat untuk orang lain

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr Ima said

kepada para pembaca..blog ini wujud atas dasar rasa ingin berkongsi cerita..mostly diambil dari pengalaman peribadi dan selebihnya diambil dari blog-blog yang terpercaya insyaAllah. semoga perkongsian ini berguna. jika tidak saya mohon dimaafkan kesalahan saya. jika ada yang nak copy dari mana-mana post dipersilakan. sesungguhnya yang baik semua datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan saya sendiri atas kehendaknya juga. wallahua'lam