Wednesday, February 24, 2010

~CiNtA RaSuLuLlAh~


saban tahun tarikh itu pasti tiba lagi dan lagi..
namun ia pasti berlalu seperti tahun2 sebelumnya begitu saja..
mengapa begitu? mengapa kita hanya menyebut2 nama Baginda pabila tarikh itu tiba..
kenapa hanya pada tarikh itu saja kita berarak melaung selawat ke atas Baginda..
mengapa seperti jauh sekali Baginda dari kita?
sedangkan Baginda amat menyintai kita umatnya..ya kitalah umat akhir zaman yang baginda perjuangkan hingga ke hembusan nafas terakhir baginda..
kitalah yang baginda sebut2 sebelum baginda dijemput Khaliqnya..bukan istri2 baginda, bukan anak2 baginda atau bukan juga sahabat2 baginda yang lainnya..
ummati, ummati, ummati itulah saja kata2 yang terlahir dari bibir baginda di saat akhir baginda..cintanya baginda pada kita..tidak terlawan cinta baginda dengan cinta kita pada ibu bapa, keluarga, kawan2 or kekasih sekalipun...
jadi patutkah kita hanya mengingati baginda hanya pada tarikh itu saja??
sombongnya kita sebagai umat baginda..bagaimana nanti bila di akhirat kelak saat kita memerlukn syafaat baginda untuk menempatkan diri di syurga jannah??
xmalu ke saat itu nanti kita nak mengemis pada baginda sedangkan di dunia kita begitu sombong dan bakhil sekali untuk berselawat ke atas baginda...padahal Allah pun berselawat ke atas baginda...jadi di mana level kita di sisi kekasih Allah tu??
sedarkah kita sedangkan kalau kita tanp selawat doa kita akan tergantung di langit..tak smpai doa kita tanpe selawat..
jangan hanya meluahkan cinta pada baginda tanpa pembuktian..
kerana menyatakan keimanan tanpa pembuktian bermakna belum sempurna iman seseorang itu..
Oleh itu,marilah kita membuktikan cinta dan rindu ini kepada Rasulullah s.a.w dgn mengamalkan dan mengagungkan 7 sunnah2 baginda yg paling utama :

Pertama: tahajjud, karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, karena mesjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan mesjid Allah.

Keempat: jaga sholat dhuha, karena kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

semoga dengan mengamalkan sunnah2 baginda ini kita menjadi sebahagian umat yang bersyukur insyAllah..sabda baginda:
"Berbahagialah buat mereka yang melihatku lalu beriman denganku..namun lebih berbahagia mereka yang tidak pernah melihatku tapi tetap beriman kepadaku"

jadi marilah kita sama2 merebut kebahagiaan yang baginda perkatakan itu...marilah sama2 menjdi orang2 yang bahagia dengan nikmat iman dan islam yang dikurniakan kepada kita...insyaAllah..mengingatkn agar diri sendiri tak lupa...wasalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr Ima said

kepada para pembaca..blog ini wujud atas dasar rasa ingin berkongsi cerita..mostly diambil dari pengalaman peribadi dan selebihnya diambil dari blog-blog yang terpercaya insyaAllah. semoga perkongsian ini berguna. jika tidak saya mohon dimaafkan kesalahan saya. jika ada yang nak copy dari mana-mana post dipersilakan. sesungguhnya yang baik semua datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan saya sendiri atas kehendaknya juga. wallahua'lam