Saturday, February 13, 2010

( ChIlDrEn Of HeAvEn )





dimulakan dengan lafaz bismillah...
insyaAllah hari ni saya nak berkongsi tentang sebuah filem iran yang bertajuk seperti di atas. kalau tak silap cerita ni ditayangkan sekitar penghujung tahun 90an. agak lama juga dan mungkin ramai yang dah pernah menonton cerita ni. oleh kerana semalam ada program BBQ IPEM jadi salah satu pengisian program tu selain mengisi perut ialah membedah filem ini.

baiklah saya mulakan dengan pengenalan watak dalam cerita ni...
cerita ni mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Ali yang berusia dalam lingkungan 9 tahun. dia merupakan anak sulung dari 3 bersaudara. adiknya bernama Zahra dan yang seorang lagi masih bayi dan tidak diketengahkan wataknya. mereka merupakan keluarga yang agak susah. di mana hanya ayah mereka yang bekerja sementara ibu mereka sakit. oleh yang demikian sedari umur yang masih muda mereka berdua( Ali dan Zahra) telah diajar untuk membantu ibu mereka menguruskan rumah. Ali akan ke kedai membeli barang-barang keperluan sementara zahra akan membantu ibu mereka menjaga adik yang kecil di rumah.

plot cerita ini ringkas tapi sangat padat dengan nilai-nilai murni akhlak dan sifat peribadi mukmin bagi anak sekecil Ali dan Zahra..cerita ini bermula dengan bagaimana kasut sekolah Zahra hilang semasa Ali sibuk membeli kentang di kedai runcit. Ali meletakkan kasut Zahra yang baru siap dibaiki di luar kedai. Ali tidak sedar yang kasut itu telah diambil oleh pengutip sampah di kawasan itu.
setelah itu Ali memujuk Zahra untuk tidak mengadukan hal ini kepada ibu bapa mereka. kerana Ali amat faham akan keadaan bapa mereka yang sedang kesempitan wang dan perlu menunggu hingga hujung bulan untuk mendapat pendapatan. pelbagai cara cuba dibincangkan agar Zahra setuju dan akhirnya Zahra setuju untuk bergilir memakai kasut Ali kerana Ali bersekolah diwaktu petang manakala Zahra bersekolah di sesi pagi..
lumrah anak kecil, pasti ada sedikit rasa sedih dan malu kerana memakai kasut abangnya namun Zahra anak kecil yang sabar dan taat. dia menurut saja kata-kata abangnya.

pada suatu hari sewaktu diperhimpunan pagi, Zahra telah terlihat kasutnya yang hilang dipakai oleh seorang kanak-kanak perempuan seusianya. pulang dari sekolah dia pun mengekori anak itu. setelah tahu kedudukan rumah anak itu, keesokan harinya Zahra telah membawa Ali untuk menemui anak itu. semasa tiba di hadapan rumah anak itu alangkah terkejutnya mereka berdua rupa-rupanya bapa kepada anak itu seorang yang buta. Zahra tidak jadi bertanyakan pasal kasut itu. dia tahu yang anak itu juga orang susah sepertinya. dia memaafkan anak itu tanpa syarat.

Ali pula tidak berputus asa mencari jalan menebus kesalahannya sehingga pada suatu hari dia terlihatkan poster pertandingan larian di mana pemenang tempat ketiga akan mendapatkan sepasang kasut. Ali merayu dan berjanji kpeada gurunya bahawa dia akan menang perlumbaan itu. walaupun sebenarnya penyertaan telah ditutup namun melihat kepada kesungguhan anak itu guru Ali membenarkan..

sewaktu pertandingan itu berlangsung Ali hampir saja putus asa, sampai dia terjatuh di tolak peserta lain. namun apabila terkenangkan adiknya, Zahra dia jadi bersemangat sehinggakan dia berjaya mendapat tempat pertama walaupun dia mengharap untuk mendapat tempat ketiga.

apabila dia pulang ke rumah tanpa hadiah yang diharapkan. Zahra nampak sedih namun dia masih tidak menunjukkan sikap marah atau memberontak. sebaliknya dengan tenang dia masuk ke rumah menjenguk adik kecil mereka yang sedang menangis. tanpa di duga sebenarnya bapa mereka telah membelikan mereka berdua sepasang kasut sebagai penghargaan atas kerajinan mereka membantu ibu bapa mereka.

babak yang terakhir ditunjukkan di mana Ali yang pulang dari pertandingan telah merendam kakinya ke dalam kolam.. dapat di lihat kakinya melecet dan luka-luka..dari situ kita dapat merasakan keperitan sepasang kaki itu yang telah banyak berkorban berlari-lari ke sekolah setiap hari kerana terlewat akibat harus menunggu adiknya pulang dahulu untuk bertukar kasut dan menyertai lumba lari dengan sepasang kasut yang sudah rosak dan mencederakan kakinya..semasa scene itu..tiba-tiba datang ikan-ikan kecil mengelilingi kaki Ali seolah-olah merawat kakinya..

walaupun akhir cerita ini tidak straight to the point.. tapi bagi mereka yang berfikir pasti dapat tangkap mesej yang tersirat..CHILDREN OF HEAVEN...ya, tentulah kita tak boleh nak tunjuk yang anak-anak ini masuk syurga..tapi lihatlah bagaimana Allah menyusun atur hidup mereka..dan juge betapa janji Allah itu benar..dalam surah al-baqarah (ayat 155)

' dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar,'

walaupun ali hanya mengharapkan dapat tempat ketiga untuk mendapatkan kasut untuk diberikan kepada adiknya, namun Allah telah menetapkan bahawa tempat ketiga itu bukan yang terbaik untuknya. Allah telah menetapkan sesuatu yang lebih baik di mana selain mendapat tempat pertama rupa-rupanya bapa mereka telah dalam diam membelikan sepasang kasut buat mereka berdua sebagai penghargaan di atas kebajikan yang mereka telah lakukan selama ini. betapa Allah Maha Pemurah lagi Maha penyayang..beruntunglah bagi mereka-mereka yang ikhlas meredhai ujian Allah keatasnya dengan sabar dan ikhlas kerana disebalik kesabaran mereka pasti Allah akan membalas dengan kebaikan-kebaikan yang berlipat kali ganda yang tidak terjangkau dek akal kita..kalau tidak di dunia insyaAllah di akhirat kelak..SubhanAllah..

semoga perkongsian ini menjana hati kita untuk menjadi hambaNya yang ikhlas meredhai ujian yang menimpa kita..sesungguhnya ujian itu tarbiyyah Allah buat hamba-hambaNya untuk sentiasa mendekatkan diri kepada yang Maha Menciptakan..kerana tidak dikatakan beriman seseorang selagi dirinya belum diuji..maka sebagai hambaNya sememangnya kita layak diuji dan ujian yang kita terima juga sesuai dengan kemampuan kita atas belas ihsan dan kasih sayang Allah keatas makhluk ciptaanNya..jadi buat teman-teman dan juga diri saya sendiri bersyukurlah kita atas ujian yang menimpa kerana itu tanda kasihNya kepada kita..wAllahu'alam
- gambar mlm BBQ

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr Ima said

kepada para pembaca..blog ini wujud atas dasar rasa ingin berkongsi cerita..mostly diambil dari pengalaman peribadi dan selebihnya diambil dari blog-blog yang terpercaya insyaAllah. semoga perkongsian ini berguna. jika tidak saya mohon dimaafkan kesalahan saya. jika ada yang nak copy dari mana-mana post dipersilakan. sesungguhnya yang baik semua datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan saya sendiri atas kehendaknya juga. wallahua'lam