Wednesday, February 17, 2010

CiNtA iLaHi

Ya Ilahi,
disepertiga malamMu aku bersujud lagi,
mengenang dosa yang tak kunjung mati,
sampai bila aku tak pasti,

Ya Ilahi,
namun begitu aku tetap mencari-cari,
takkan biar nafsuku lali,
mendodoi dosaku sampai mati,

Ya Ilahi,
saat aku tagih cinta insani,
aku mohon sokongan untuk terus berdiri,
namun tak siapa memahami,
kehendak hati ini yang ingin mencari redhaMu,

ya Ilahi,
akhirnya aku sedari,
memang tak mungkin kan ku temui,
kerna hanya Dikau Rabbul Izzati,
yang Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihi,
tak kan terbanding nilai cintaMu walau dengan saudara sendiri,

Ya Ilahi,
ku mohon kebangkitan dari lena ini,
takkan buat aku menoleh lagi,
kerana sudah ketemui Cinta Ilahi yang ku cari-cari,
hambaMu ini merafak doa menjunjung kasihMu Rabbi,
agar istiqamahku takkan berhenti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr Ima said

kepada para pembaca..blog ini wujud atas dasar rasa ingin berkongsi cerita..mostly diambil dari pengalaman peribadi dan selebihnya diambil dari blog-blog yang terpercaya insyaAllah. semoga perkongsian ini berguna. jika tidak saya mohon dimaafkan kesalahan saya. jika ada yang nak copy dari mana-mana post dipersilakan. sesungguhnya yang baik semua datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan saya sendiri atas kehendaknya juga. wallahua'lam