Tuesday, May 24, 2011

pilihanku pilihanmu?


waktu berlalu,
meneruskan zikir fitrahnya,
meninggalkan insan alpa,
melalui tanpa bekal,

janji Khaliq mu,
pilihan cuma dua,
neraka atau syurga.

syurga,
kau mahu?
dunia itu lawan,
titis airmata juga darah,
bercerai jasad dari badan,
laluan sakarat,

neraka,
kau mahu?
dunia ini milikmu,
persetan halal,
agungkan haram,
aman, bahagia kaulah raja.

usia menyingkat,
soal iman mu,
akan kau dapati apa isi jiwamu,
bibir biar beku,
waktunya hati bicara..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr Ima said

kepada para pembaca..blog ini wujud atas dasar rasa ingin berkongsi cerita..mostly diambil dari pengalaman peribadi dan selebihnya diambil dari blog-blog yang terpercaya insyaAllah. semoga perkongsian ini berguna. jika tidak saya mohon dimaafkan kesalahan saya. jika ada yang nak copy dari mana-mana post dipersilakan. sesungguhnya yang baik semua datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan saya sendiri atas kehendaknya juga. wallahua'lam