Sunday, March 13, 2011

Zinnirah~ matamu buta jadi taruhan, terpancar hatimu dengan cahaya iman.


Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai
yg tahu kisah
ketabahan & keagungan cintanya kpd Allah swt. Wanita
ini tidak punya ijazah,
tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi
memiliki pangkat yg
besar. Namun, Allah swt memuliakan dan memberi
penghormatan yg tinggi
kepadanya.Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan
pengislamannya drpd
diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org
lain tiada di rumah
atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang
nyenyak tidur. Namun,
lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh
musuh.
Sudah tentu org yg paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar.
Siapakah yg tidak kenal dgn Umar al-Khattab yg terkenal dgn
sikap kejam, bengis,
ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperi
kemanusiaan itu. Umar
terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua
belah kai tangan
Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari.
Bayangkanlah antara
seksaan yg dihadapinya. Sungguh panas padang pasir
pada waktu siang dan
terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dgn
batu besar dan 1001
macam penyeksaan yg diterimanya.
Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu
menguntum senyuman. Hatinya
tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah,
Allahu Akbar, Allah lah
yg Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu
wahai Tuhan, aku
membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di
akhirat ". Begitulah
ungkapan katanya yg menjadi penawar utknya.
Kemuncak penyeksaan yg diterima oleh Zinnirah ialah
matanya dicucuk dgn besi
tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya
masih mampu
berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih
rela daripada menjual
agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa
kehebatan dan
keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin
menguatkan diri ini
utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah
petunjuk kpd org yg
menyeksaku ini.
Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar
memeluk Islam setelah
mendapat hidayah Allah swt melalui adiknya, Fatimah.
Malah Saidina Umar
menjadi sahabat yg tergolong Khulafa
Arrasyidin...Sifat pembengisnya
bertukar menjadi lembut, garang bertukar kpd pemaaf,
bakhil bertukar pd
pemurah,tidak berhati perut kpd bertimbang rasa, gila
dunia kpd gila
akhirat.
Kembali kpd Zinnirah, walaupun matanya buta utk
melihat alam maya tapi
hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran
Islam. Pandangan hati boleh
menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan
Zinnirah, org-org Quraisy
cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah
buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza. Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala
itu tiada sedikitpun
kena mengena dgn matanya. Dia cuba meyakinkan mereka
bahawa masalah buta itu
adalah dtg drpa Allah swt. Maka Allahlah yg berkuasa
mengembalikan
pancainderanya seperti biasa.
Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar
Zinnirah kerana
mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa
kerana bosan melihat
ketabahan hatinya.
Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak drpd keimanan
kpd Allah swt. Tiada
siapa yg boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah
swt mengambil sekejap
nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kpd
Zinnirah. Allah swt
menggantikannya dgn mata yg lebih baik. Zinnirah boleh
melihat seperti
biasa, lebih terang drpd matanya yg asal. Demikianlah
pertolongan Allah swt
kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama
kemudian, Saiyidina
Abu Bakar dtg menyelamatkan Zinnirah dgn membelinya
dgn harga tinggi.
Terselamatlah dia drpd menjadi penindasan org-org
kafir.


indah bukan kisah orang yang beriman??tapi hari ini...AKU,KAU, KAMI, KITA??? apa yang kita telah buat untuk pertahankan iman??? hidup dengan segala kesenangan, keamanan, kesempurnaan, kekayaan..langsung tak pernah kurang nikmat dari Allah...apa yang sudah kita lakukan untuk pertahankan iman kita??? dengan menggadai aurat memakai pakaian2 jahiliyyah..untuk tontonan pemuas nafsu lelaki? membiarkan badan di kelek ke hulu hilir di sentuh di cium oleh lelaki ajnabi? merelakan mata kita menyoroti video2 porno, menonton concert yang batas ikhtilat (pergaulan) entah ke mana? atau hanya mengambil sikap tidak pedulism bila agama Islam di perlekeh dengan pelbagai cara (spt dalam filem FITNA) dan meredhai bila Rsulullah dilukis dengan sehina2 hina lukisan...tanpa sedikit pun hati kita terpalit sedih, marah dan benci...HATI KITA TELAH MATI WAHAI KAWAN..hati kita telah mati bila kita langsung tidak merasa tercabar dengan perlakuan hina orang2 kafir...terimalah hakikat bahwa ideologi kristianisasi sudah hampir mencapai matlamatnya...apa yang tinggal buat kita umat Islam akhir zaman...ya...kitalah hasil UBI + RAGI = TAPAI..
nauzubillah...

Rasulullah bersabda, “Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas piring.” Seseorang berkata, “Apakah karena sedikitnya kami waktu itu?” Beliau bersabda, “Bahkan kalian waktu itu banyak sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air. Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta menjangkitkan di dalam hatimu penyakit wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud No. 3745)

Kalau kita cintakan seseorang..pasti kita ingin bertemu selalu.
Kalau kita cintakan Allah..bertemulah selalu dalam zikrullah,
bertemulah selalu didalam solah, bertemulah selalu di rumah Allah,
berpegang teguhlah kepada Al-Quran dan As Sunnah.


Tanpa-Mu

Resah dan gelisah ku rasa

Hidup penuh pancaroba

Roda masa pantas berputar

Menduga iman di dada

Daku yang lena dan terleka

Tenggelam di lautan dunia

Kabur pandangan mataku

Pada nikmat yang menggunung

Mendustakan kurniaanMu

Tiba murkamu menghukum

Keangkuhanku kian hancur

Lantas ku jatuh dan tersungkur

TanpaMu kasih (Oh Kekasih)

Ku tak berdaya (Ku terpedaya)

Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia)

Hanyut alpa di arus bergelora

Kasih (Oh Kekasih)

Daku derita (Tangisku hiba)

Lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata)

Jiwa dan tubuh kepedihan

Terseksa, terhukum

Menanggung kifarah dariMu

Telah ku lalui semalam

Jalanan kelam dan suram

Lampaui batasan insan

KeagunganMu kulupakan

Rahmat dariMu kudambakan

KeampunanMu kupohonkan

Tuhan, ku tak berdaya

Tempuh segala

Tanpa kasihMu

Hatiku ini merindu

Sinar cintaMu Yang Agung

Pasrah merayu redhaMu

Ampuni dosa-dosaku

Rahmat dariMu ku dambakan

KeampunanMu ku pohonkan




Senilagu : Akmal Mirwana Senikata : Akmal Mirwana Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd. Penerbit : Akmal Mirwana Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr Ima said

kepada para pembaca..blog ini wujud atas dasar rasa ingin berkongsi cerita..mostly diambil dari pengalaman peribadi dan selebihnya diambil dari blog-blog yang terpercaya insyaAllah. semoga perkongsian ini berguna. jika tidak saya mohon dimaafkan kesalahan saya. jika ada yang nak copy dari mana-mana post dipersilakan. sesungguhnya yang baik semua datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan saya sendiri atas kehendaknya juga. wallahua'lam