Saturday, September 18, 2010

Lebaran 1431 Hijrah

Bismillahirrahmanirrahim..
segala puji bagi Allah yg menciptakan makhluk2Nya dengan variasi asal kejadian..
namun atas bumi ini kita dihimpunkan di bawah lembayung ultraungu yg sama, di bawah atmosfera yg sama, di dalam hembusan udara yg sama..
Allahuakhbar..Dia Maha Adil terhadap setiap makhluk ciptaanNya..

hari ini genap 9 syawal..iaitu hari ke-9 umat islam merayakan kemenangan..
ya, kemenangan mengharungi tarbiyyah ramadhan..lalu mdapat piala taqwa..
alhamdulillah kalau ianya begitu..
ataupun kita merayakan kemenangan menahan lapar dahaga selama sebulan lalu syawal adalah saat yg dinanti2kan utk kita kembali melampiaskan nafsu makan kita diwaktu siang hari..
mari kita renung2 kembali..
setelah menjalani bulan mulia ramadhan apa kita dptkan?

1. Adakah kita rasa lbh dekat pada Allah atau tiada beza?

atau

2. Adakah kita rasakan kita makin lupa padaNya? makin malas beribadah? nauzubillah

kata ustazah sy 1 ketika dl..
jika tepuk dada:

tanya pada hati kelak mati..
tanya pada nafsu kelak lesu..
tanya pada akal kelak menipu..
lalu tanya pada iman pasti dapat jawapan..


dibawah ada beberapa hadis sy lampirkan tentang....KELEBIHAN RAMADHAN

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

~wahai diri..tidakkah kau lihat betapa Allah mcintaimu lalu Dia cipta 1bln khas buatmu mendekatiNya?? alpanya aku dlm menilai kasihMu Tuhan....:'(




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr Ima said

kepada para pembaca..blog ini wujud atas dasar rasa ingin berkongsi cerita..mostly diambil dari pengalaman peribadi dan selebihnya diambil dari blog-blog yang terpercaya insyaAllah. semoga perkongsian ini berguna. jika tidak saya mohon dimaafkan kesalahan saya. jika ada yang nak copy dari mana-mana post dipersilakan. sesungguhnya yang baik semua datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan saya sendiri atas kehendaknya juga. wallahua'lam