Sunday, May 20, 2012

KAMU

Tanpa kamu ku terokai
pasti hari ini insan masih lugu percaya teori Darwin
manusia berakal waris sang kera
Hilang logik pemikiran, tenat
Andai secantik Balkis namun tiada kamu sebagai perisai
Hilang hormat tiada alas an ku pertahankan

Tanpa kamu ku gali
Pasti ku tidak mengerti hakikat asbab aku berdiri
Tidak wujud tamadun peradaban, hanyut
hidup tanpa batasan tanpa pedoman, buntu

Tanpa kamu ku pelajari
Syahadah cuma bermukim dibibir sia-sia
Tiada nilai, tiada makna, disebut tanpa hati fakir, dina
Tidak sampai maksud kepada Sang Pencipta

Tanpa kamu ku cari
Sejarah alpa pasti menghantui, jahil kembali jahil
Tak kenal Allah mahupun UtusanNya
Buta Al-Quran lagikan sunnah Baginda, punah umat manusia

Tanpa kamu di dada
Walau terhampar segunung permata
Pasti sirna sedetik kerdipan mata, tanpa sisa
Berbaki sia-sia malah dosa, hancur

Maka termaktub segala bukti
Kamu paling dikehendaki
Buat mengisi kering budi, luntur akhlak, kosong nurani
Buat memandu ke jalan Tuhan, kenali Rasul, perbaiki kehidupan demi akhirat
Buat menerangi lorong jahiliyah dengan neon kemuliaan
Biar daif harta, jangan minimal taqwa
Kerana kamu bekal, sisipan saat menghadap Dia
Setiap kamu mereka dapatkan dariku
Ganjarannya kudapatkan saat lena selamanya

Kerana kamu lebih bernilai dari manikam, kata si jauhari
Mampu membutakan mata dek cerlang cahayamu
Layaknya hanya kamu warisan Rasulullah buat kami dari kalam dan hadis
Kerana kamu kami masih disini tidak berhenti mendalami hingga akhir nafas terhenti.







Contengan untuk minggu akademik..
ilmu itu lebih terang dari pelita, lebih benderang dari cahaya..
bangsa berilmu, bangsa berjaya..
salam cinta krn Dia ^__^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr Ima said

kepada para pembaca..blog ini wujud atas dasar rasa ingin berkongsi cerita..mostly diambil dari pengalaman peribadi dan selebihnya diambil dari blog-blog yang terpercaya insyaAllah. semoga perkongsian ini berguna. jika tidak saya mohon dimaafkan kesalahan saya. jika ada yang nak copy dari mana-mana post dipersilakan. sesungguhnya yang baik semua datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan saya sendiri atas kehendaknya juga. wallahua'lam