Friday, December 3, 2010

~* Mari Menyempurnakan Separuh Agama*~


Bismillahirrahmanirrahim...

Allahumma sa'khirli zaujan solihan,
yakhtibuni wayatazau wajubi,
wayakunu sahibanli,
fiddunya waljannah...

Ya Allah, Kau kurniakanlah aku seorang suami yang soleh, yang mampu membimbing keluarga kami menuju jannahMu. Kau lindungilah dia sebaik-baiknya. kpadaMu juga aku berserah. dan kepadaMu juga aku memohon petunjuk dan keredhaan..amin ya rabbal alamin..

setiap insan mahukan yang terbaik dalam segenap aspek kehidupan..termasuk dalam perkara mencari si zaujah mahupun zaujnya.. kerana pasti kita sudah terbayang akhlak waris kita jika zaujah atau zauj kita soleh juga solehah orangnya...

wahai si lelaki mahu si perempuan...zaujah dan zaujmu itu cerminan, akhlak si dia adalah pakaian, namun begitu jangan terus berangan..kerana dirimu sendiri belum menjadi soleh mahupun solehah..jangan hanya pandai mencari tapi tidak cukup bernilai untuk di cari..

maka masih belum terlambat untuk mengubah diri, menjadi sebelum mencari itu penting...check list akhlak, iman dan amal..walau tidakkan sempurna biarlah di pagari dengan ihsan kepada Allah..agar generasi Muhammad yang terlahir dari rahimku jua zaujahmu adalah generasi Quran..

jangan bermimpi teman sesetia Hajar,jika diri tidak sesabar Ibrahim.. jangan berharap teman setampan Yusuf,jika diri tidak secantik Zulaikha.. jangan berniat teman seperti Balqis jika diri tidak sebijaksana Sulaiman.. jangan pernah terfikir teman sesempurna Muhammad,jika diri tidak seperti Khadijah..

berhenti menuding jari menyalahkan si lelaki mahupun si perempuan di zaman yang mencabar keimanan...inspeksi diri kita dulu..selebihnya sudah tercatat di Luh mahfuz..usaha dan tawakal kunci keredhaan.. HasbunAllahuwanikmalwakil..insyaAllah

1 comment:

  1. sahabat saya ni da kene menikah ni,saya doakn ALLAH temukan awak jdodoh yg baik.insya'allah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr Ima said

kepada para pembaca..blog ini wujud atas dasar rasa ingin berkongsi cerita..mostly diambil dari pengalaman peribadi dan selebihnya diambil dari blog-blog yang terpercaya insyaAllah. semoga perkongsian ini berguna. jika tidak saya mohon dimaafkan kesalahan saya. jika ada yang nak copy dari mana-mana post dipersilakan. sesungguhnya yang baik semua datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan saya sendiri atas kehendaknya juga. wallahua'lam