Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya darimu. sampai fikiranmu. sampai perhatianmu. berjalan, duduk, dan tidurmu. bahkan ditengah lelapmu. isi mimpimu pun tentang dakwah. tentang umat yang kau cintai. lagi-lagi memang seperti itu dakwah. menyedot saripati energimu. sampai tulangmu. sampai daging yang menempel di tubuh tuamu. tubuh yang luluh lantak diseret-seret. tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari. - Ustaz Rahmat Abdullah (Alm)
Tuesday, May 24, 2011
pilihanku pilihanmu?
meneruskan zikir fitrahnya,
meninggalkan insan alpa,
melalui tanpa bekal,
janji Khaliq mu,
pilihan cuma dua,
neraka atau syurga.
syurga,
kau mahu?
dunia itu lawan,
titis airmata juga darah,
bercerai jasad dari badan,
laluan sakarat,
neraka,
kau mahu?
dunia ini milikmu,
persetan halal,
agungkan haram,
aman, bahagia kaulah raja.
usia menyingkat,
soal iman mu,
akan kau dapati apa isi jiwamu,
bibir biar beku,
waktunya hati bicara..
Sunday, March 13, 2011
Zinnirah~ matamu buta jadi taruhan, terpancar hatimu dengan cahaya iman.
yg tahu kisah
ketabahan & keagungan cintanya kpd Allah swt. Wanita
ini tidak punya ijazah,
tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi
memiliki pangkat yg
besar. Namun, Allah swt memuliakan dan memberi
penghormatan yg tinggi
kepadanya.Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan
pengislamannya drpd
diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org
lain tiada di rumah
atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang
nyenyak tidur. Namun,
lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh
musuh.
Sudah tentu org yg paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar.
Siapakah yg tidak kenal dgn Umar al-Khattab yg terkenal dgn
sikap kejam, bengis,
ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperi
kemanusiaan itu. Umar
terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua
belah kai tangan
Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari.
Bayangkanlah antara
seksaan yg dihadapinya. Sungguh panas padang pasir
pada waktu siang dan
terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dgn
batu besar dan 1001
macam penyeksaan yg diterimanya.
Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu
menguntum senyuman. Hatinya
tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah,
Allahu Akbar, Allah lah
yg Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu
wahai Tuhan, aku
membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di
akhirat ". Begitulah
ungkapan katanya yg menjadi penawar utknya.
Kemuncak penyeksaan yg diterima oleh Zinnirah ialah
matanya dicucuk dgn besi
tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya
masih mampu
berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih
rela daripada menjual
agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa
kehebatan dan
keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin
menguatkan diri ini
utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah
petunjuk kpd org yg
menyeksaku ini.
Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar
memeluk Islam setelah
mendapat hidayah Allah swt melalui adiknya, Fatimah.
Malah Saidina Umar
menjadi sahabat yg tergolong Khulafa
Arrasyidin...Sifat pembengisnya
bertukar menjadi lembut, garang bertukar kpd pemaaf,
bakhil bertukar pd
pemurah,tidak berhati perut kpd bertimbang rasa, gila
dunia kpd gila
akhirat.
Kembali kpd Zinnirah, walaupun matanya buta utk
melihat alam maya tapi
hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran
Islam. Pandangan hati boleh
menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan
Zinnirah, org-org Quraisy
cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah
itu tiada sedikitpun
kena mengena dgn matanya. Dia cuba meyakinkan mereka
bahawa masalah buta itu
adalah dtg drpa Allah swt. Maka Allahlah yg berkuasa
mengembalikan
pancainderanya seperti biasa.
Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar
Zinnirah kerana
mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa
kerana bosan melihat
ketabahan hatinya.
Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak drpd keimanan
kpd Allah swt. Tiada
siapa yg boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah
swt mengambil sekejap
nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kpd
Zinnirah. Allah swt
menggantikannya dgn mata yg lebih baik. Zinnirah boleh
melihat seperti
biasa, lebih terang drpd matanya yg asal. Demikianlah
pertolongan Allah swt
kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama
kemudian, Saiyidina
Abu Bakar dtg menyelamatkan Zinnirah dgn membelinya
dgn harga tinggi.
Terselamatlah dia drpd menjadi penindasan org-org
kafir.
indah bukan kisah orang yang beriman??tapi hari ini...AKU,KAU, KAMI, KITA??? apa yang kita telah buat untuk pertahankan iman??? hidup dengan segala kesenangan, keamanan, kesempurnaan, kekayaan..langsung tak pernah kurang nikmat dari Allah...apa yang sudah kita lakukan untuk pertahankan iman kita??? dengan menggadai aurat memakai pakaian2 jahiliyyah..untuk tontonan pemuas nafsu lelaki? membiarkan badan di kelek ke hulu hilir di sentuh di cium oleh lelaki ajnabi? merelakan mata kita menyoroti video2 porno, menonton concert yang batas ikhtilat (pergaulan) entah ke mana? atau hanya mengambil sikap tidak pedulism bila agama Islam di perlekeh dengan pelbagai cara (spt dalam filem FITNA) dan meredhai bila Rsulullah dilukis dengan sehina2 hina lukisan...tanpa sedikit pun hati kita terpalit sedih, marah dan benci...HATI KITA TELAH MATI WAHAI KAWAN..hati kita telah mati bila kita langsung tidak merasa tercabar dengan perlakuan hina orang2 kafir...terimalah hakikat bahwa ideologi kristianisasi sudah hampir mencapai matlamatnya...apa yang tinggal buat kita umat Islam akhir zaman...ya...kitalah hasil UBI + RAGI = TAPAI..
nauzubillah...
Kalau kita cintakan Allah..bertemulah selalu dalam zikrullah,
bertemulah selalu didalam solah, bertemulah selalu di rumah Allah,
berpegang teguhlah kepada Al-Quran dan As Sunnah.
Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada
Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia
Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung
Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkamu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur
TanpaMu kasih (Oh Kekasih)
Ku tak berdaya (Ku terpedaya)
Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia)
Hanyut alpa di arus bergelora
Kasih (Oh Kekasih)
Daku derita (Tangisku hiba)
Lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata)
Jiwa dan tubuh kepedihan
Terseksa, terhukum
Menanggung kifarah dariMu
Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan
Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasihMu
Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Ampuni dosa-dosaku
Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu ku pohonkan
Tuesday, March 8, 2011
GAME OVER!!!!
memang bunyi macam pelik tapi realitinya begitulah...baiklah mari kita huraikan satu persatu...apa yang anda bayangkan pada sebuah GAME? pastilah aturannya, aksesorinya,matlamatnya dan cara mainnya.. jadi kaitannya apa ye? kamu rasa?
cuba kita lihat pada hidup kita...kita lahir (diciptakan) atas muka bumi ini telah lengkap dengan segala nikmat (rupa, keluarga, suku, agama), kita juga telah di aturkan dengan segala macam adab dan hukum (hukum Islam= solat awal waktu, puasa di bulan ramadhan dll), aksesorinya rumah, kereta dll (bergantung kepada asal usul masing), dan pastinya bagi umat Islam yang telah baligh dan berakal kita pasti sudah tahu matlamat hidup kita iaitu MARDHATILLAH..dan cara jalani hidup ini pula adalah...MELAKUKAN SURUHAN DAN MENINGGALKAN LARANGAN oleh Yang Maha Menciptakan kita...
Lalu dalam GAME tugas kita sbg pemain apa??? jalani sesuai rules yg penting mencapai matlamat iaitu MENANG dalam GAME itu...isn't it?
semua game rules dia mungkin berbeza2 tapi matlamat tetap sama..utk menang dan mencapai satu lagi tingkat..setiap tingkat akan menhidangkan pemainnya berbagai2 halangan2...semakin bijak kita menempuhinya semakin tinggi LEVEL kita...kadang2 ada juga kita sangkut kat certain LEVEL..ada pulak butang REPLAY LEVEL..kita akan teruskan permainan sampai ke satu tahap akhir GAME...kalau kamu ikut semua aturan...berjaga2 dalam permainan...YOU WIN!!!
tapi kalau kamu tak ikut peraturan dan main redah je...YOU LOST!!
baiklah sekarang dapatkah anda cari titik pertemuannya dengan kehidupan kita atas bumi ini? bumi ini adalah gelanggangnya...kitalah pemainnya...seperti sebuah GAME tadi...hidup ni ada LEVEL2 yang telah Allah tetapkan buat semua makhlukNya...waktu dari alam rahim sampai kita bongkok tiga semua ada aturan yang perlu kita ikut...jika tersasar...Allah masih beri peluang untuk bertaubat...jika berjaya mengharungi badai ujian meningkatlah 1 LEVEL iman...tapi semua ini akan berjumpa titik pengakhirannya ia itu KEMATIAN (GAME OVER)...
Jadi saudara2ku yang berpaut pada tali iman yang sama..yang bersujud pada Tuhan yang sama..yang menghirup nikmat udara yang sama...mulai saat ini marilah sama2 kita perbetulkan corak permainan kita...introspeksi balik sudahkah kita jalani semua peraturannya? atau kita dah langgar mana2 peraturan?? tanya balik pada diri apa pengakhiran yang kita harapkan? MENANG KHUSNUL KHATIMAH? atau KECUNDANG DENGAN SU'ÚL KHATIMAH? wa nauzubillah...berubahlah sebelum ajal menjemput..
Monday, December 13, 2010
TAHUKAH ANDA???
mahu tahu penjelasan selanjutnya? mari ikuti jawapan DR MAZA di website beliau..
moga kita sama2 mendapat manfaatnya agar kita x mnjadi PENGIKUT Islam tetapi PENGAMAL Islam yang sebenar insyaAllah..^^,
Saturday, December 11, 2010
doa Rasulullah SAW ajarkan buat isteri tercinta Aisyah R.A
Friday, December 3, 2010
~* Mari Menyempurnakan Separuh Agama*~
Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma sa'khirli zaujan solihan,
yakhtibuni wayatazau wajubi,
wayakunu sahibanli,
fiddunya waljannah...
Ya Allah, Kau kurniakanlah aku seorang suami yang soleh, yang mampu membimbing keluarga kami menuju jannahMu. Kau lindungilah dia sebaik-baiknya. kpadaMu juga aku berserah. dan kepadaMu juga aku memohon petunjuk dan keredhaan..amin ya rabbal alamin..
setiap insan mahukan yang terbaik dalam segenap aspek kehidupan..termasuk dalam perkara mencari si zaujah mahupun zaujnya.. kerana pasti kita sudah terbayang akhlak waris kita jika zaujah atau zauj kita soleh juga solehah orangnya...
wahai si lelaki mahu si perempuan...zaujah dan zaujmu itu cerminan, akhlak si dia adalah pakaian, namun begitu jangan terus berangan..kerana dirimu sendiri belum menjadi soleh mahupun solehah..jangan hanya pandai mencari tapi tidak cukup bernilai untuk di cari..
maka masih belum terlambat untuk mengubah diri, menjadi sebelum mencari itu penting...check list akhlak, iman dan amal..walau tidakkan sempurna biarlah di pagari dengan ihsan kepada Allah..agar generasi Muhammad yang terlahir dari rahimku jua zaujahmu adalah generasi Quran..
jangan bermimpi teman sesetia Hajar,jika diri tidak sesabar Ibrahim.. jangan berharap teman setampan Yusuf,jika diri tidak secantik Zulaikha.. jangan berniat teman seperti Balqis jika diri tidak sebijaksana Sulaiman.. jangan pernah terfikir teman sesempurna Muhammad,jika diri tidak seperti Khadijah..berhenti menuding jari menyalahkan si lelaki mahupun si perempuan di zaman yang mencabar keimanan...inspeksi diri kita dulu..selebihnya sudah tercatat di Luh mahfuz..usaha dan tawakal kunci keredhaan.. HasbunAllahuwanikmalwakil..insyaAllah
YANG DICIPTA KAN PERGI...
Berbekallah untuk hari yang sudah pasti
Sungguh kematian adalah muara manusia
Relakan dirimu menyertai segolongan orang
Mereka membawa bekal sedang tanganmu hampa
[DR. Abdullah Nashih Ulwan]
cling! Handphoneku berbunyi menandakan ada mesej baru masuk...aku yang masih keletihan br ditimpa ujian persahabatan terasa berdebar untuk membaca mesej tersebut....bila peti inbox ku buka..' salam akak ma bg tau abah tok dah xde doakan dan redhakan semoga ALLAH MENCUCURI RAHMAT' berhambur lagi airmata pilu ku..Ujian kedua menyerang...Allahuakbar...Innalillahiwainnaillahiraji'un..dua perkataan itu yang mampu kuucapkan ketika itu...lantas ku letak handphoneku...Allahuakbar...ku pandang wajah sahabat setiaku..'atok saya dah tak ada...sahabatku diam seketika..dia usap bahuku memberi kekuatan...setelah menghabiskn sisa airmata yang berguguran..ku bangkit mengangkat wudu' lantas ku ambil kitab yaasin...bismillah....
aku di seberang laut..tak dapat bersama mereka mengucup dahi arwah buat kali terakhir...
beliau pergi tanpa sempat melihat aku pulang menjadi seorang doktor.....Allahuakbar harga yang perlu ku bayar untuk mendapatkn segenggam ijazah kedokteran...sedih...pilu rasa hati..terpukul...tapi aku sgt percaya..ini baru permulaan..sedang jalan di hadapan masih jauh..akan banyak lagi yang perlu dikorbankan...saat ini seorang kakak yang penyayang merangkap sahabt setiaku mendedikasikan kepadaku sebuah lagu yang indah...lagu yang didendangkan Sami yusuf-make me strong
I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
make me strong Allah...u're the most merciful...from now on..terputuslah ikatan arwah atukku dengan dunia fana ini...yang tinggal dan kekal menjamin beliau di sana hanya tiga...
sedekah jariah...
ilmu bermanfaat ...serta
doa anak yang SOLEH....
Akulah warisnya..anak cucunya yang perlu menjadi solehah agar doaku sampai kepadanya...sedarlah wahai diri...setelah waktu bersama orang2 yang kau cinta telah kau korbankan...lantas hak mereka untk dibawa ke sana harus kau tunaikan...jadilah wahai diri yang solehah agar doamu sampai buat mereka.....
buat atuk: walau dikau telah pergi meninggalkanku...kasih sayang serta nasihatmu masih tersemat kukuh dalam diriku...atuk..kak ngah akan sentiasa berdoa agar atuk ditempatkan bersama para solihin..moga satu masa kita akan berkumpul lagi sebagai sebuah keluarga di bawah lembayung rahmat syurga Allah...nantikan kami anak cucumu atuk....kami rindu padamu..

