Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya darimu. sampai fikiranmu. sampai perhatianmu. berjalan, duduk, dan tidurmu. bahkan ditengah lelapmu. isi mimpimu pun tentang dakwah. tentang umat yang kau cintai. lagi-lagi memang seperti itu dakwah. menyedot saripati energimu. sampai tulangmu. sampai daging yang menempel di tubuh tuamu. tubuh yang luluh lantak diseret-seret. tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari. - Ustaz Rahmat Abdullah (Alm)
Saturday, December 11, 2010
doa Rasulullah SAW ajarkan buat isteri tercinta Aisyah R.A
Friday, December 3, 2010
~* Mari Menyempurnakan Separuh Agama*~
Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma sa'khirli zaujan solihan,
yakhtibuni wayatazau wajubi,
wayakunu sahibanli,
fiddunya waljannah...
Ya Allah, Kau kurniakanlah aku seorang suami yang soleh, yang mampu membimbing keluarga kami menuju jannahMu. Kau lindungilah dia sebaik-baiknya. kpadaMu juga aku berserah. dan kepadaMu juga aku memohon petunjuk dan keredhaan..amin ya rabbal alamin..
setiap insan mahukan yang terbaik dalam segenap aspek kehidupan..termasuk dalam perkara mencari si zaujah mahupun zaujnya.. kerana pasti kita sudah terbayang akhlak waris kita jika zaujah atau zauj kita soleh juga solehah orangnya...
wahai si lelaki mahu si perempuan...zaujah dan zaujmu itu cerminan, akhlak si dia adalah pakaian, namun begitu jangan terus berangan..kerana dirimu sendiri belum menjadi soleh mahupun solehah..jangan hanya pandai mencari tapi tidak cukup bernilai untuk di cari..
maka masih belum terlambat untuk mengubah diri, menjadi sebelum mencari itu penting...check list akhlak, iman dan amal..walau tidakkan sempurna biarlah di pagari dengan ihsan kepada Allah..agar generasi Muhammad yang terlahir dari rahimku jua zaujahmu adalah generasi Quran..
jangan bermimpi teman sesetia Hajar,jika diri tidak sesabar Ibrahim.. jangan berharap teman setampan Yusuf,jika diri tidak secantik Zulaikha.. jangan berniat teman seperti Balqis jika diri tidak sebijaksana Sulaiman.. jangan pernah terfikir teman sesempurna Muhammad,jika diri tidak seperti Khadijah..berhenti menuding jari menyalahkan si lelaki mahupun si perempuan di zaman yang mencabar keimanan...inspeksi diri kita dulu..selebihnya sudah tercatat di Luh mahfuz..usaha dan tawakal kunci keredhaan.. HasbunAllahuwanikmalwakil..insyaAllah
YANG DICIPTA KAN PERGI...
Berbekallah untuk hari yang sudah pasti
Sungguh kematian adalah muara manusia
Relakan dirimu menyertai segolongan orang
Mereka membawa bekal sedang tanganmu hampa
[DR. Abdullah Nashih Ulwan]
cling! Handphoneku berbunyi menandakan ada mesej baru masuk...aku yang masih keletihan br ditimpa ujian persahabatan terasa berdebar untuk membaca mesej tersebut....bila peti inbox ku buka..' salam akak ma bg tau abah tok dah xde doakan dan redhakan semoga ALLAH MENCUCURI RAHMAT' berhambur lagi airmata pilu ku..Ujian kedua menyerang...Allahuakbar...Innalillahiwainnaillahiraji'un..dua perkataan itu yang mampu kuucapkan ketika itu...lantas ku letak handphoneku...Allahuakbar...ku pandang wajah sahabat setiaku..'atok saya dah tak ada...sahabatku diam seketika..dia usap bahuku memberi kekuatan...setelah menghabiskn sisa airmata yang berguguran..ku bangkit mengangkat wudu' lantas ku ambil kitab yaasin...bismillah....
aku di seberang laut..tak dapat bersama mereka mengucup dahi arwah buat kali terakhir...
beliau pergi tanpa sempat melihat aku pulang menjadi seorang doktor.....Allahuakbar harga yang perlu ku bayar untuk mendapatkn segenggam ijazah kedokteran...sedih...pilu rasa hati..terpukul...tapi aku sgt percaya..ini baru permulaan..sedang jalan di hadapan masih jauh..akan banyak lagi yang perlu dikorbankan...saat ini seorang kakak yang penyayang merangkap sahabt setiaku mendedikasikan kepadaku sebuah lagu yang indah...lagu yang didendangkan Sami yusuf-make me strong
I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
make me strong Allah...u're the most merciful...from now on..terputuslah ikatan arwah atukku dengan dunia fana ini...yang tinggal dan kekal menjamin beliau di sana hanya tiga...
sedekah jariah...
ilmu bermanfaat ...serta
doa anak yang SOLEH....
Akulah warisnya..anak cucunya yang perlu menjadi solehah agar doaku sampai kepadanya...sedarlah wahai diri...setelah waktu bersama orang2 yang kau cinta telah kau korbankan...lantas hak mereka untk dibawa ke sana harus kau tunaikan...jadilah wahai diri yang solehah agar doamu sampai buat mereka.....
buat atuk: walau dikau telah pergi meninggalkanku...kasih sayang serta nasihatmu masih tersemat kukuh dalam diriku...atuk..kak ngah akan sentiasa berdoa agar atuk ditempatkan bersama para solihin..moga satu masa kita akan berkumpul lagi sebagai sebuah keluarga di bawah lembayung rahmat syurga Allah...nantikan kami anak cucumu atuk....kami rindu padamu..
Saturday, October 16, 2010
JANGAN MARAH....
yang maksudnya:” Berwasiatlah kepada ku.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu
marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah
SAW:” Jangan kamu marah..”
(Riwayat Bukhari)
~Kurniakanku secebis sabar Rasulullah~
Allah..kurniakanlah hambaMu ini secebis sabar Rasulullah agar ku bisa dengan mudah memaafkan kesilapan orang2 yang ku sayang keranaMu...agar ku bisa dengan sekelip mata melupakan kesakitan yang kurasa..agar ku bisa hidup dalam ketenangan seperti Rasul2 Mu yang mana setiap ujianMu baginda jalani dengan berlapang dada.i.agar hatiku ini bersih tanpa secebis dendam..
Ya Allah lemahnya imanku ini...sampai ketika ini bertapa cepatnya hatiku terdetik dengan perlakuan sahabatku..ya Allah rapuhnya imanku dalam membina Husnuzhon dalam diri..
bantu daku Ya Allah agar ku bisa memperbaiki diri dan hati..ingatkan daku ya Allah tentang kebaikan2 yang telah sahabtku perbuat sehingga kesilapannya bisa terhijab di dalam hati ku..aku hambaMu yang menginginkan ketenangan hidup tanpa sekelumit marah dan dendam di dalam hatiku agar ku bisa mengadapMu dengan jiwa yang bersih dan tenang..Irhamna Ya Allah
Saturday, October 9, 2010
wANITa....KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA
"Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia beguguran di tanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada dipuncak.Susah dipetik susah digapai.Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu,hancurlah maruahnya.Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain. Jgn rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dipetik. Engkau ditakdirkan Allah berada diatas krn hanya lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dapat menggapai epal yang berada dipuncak itu.Seandainya engkau tidak dipetik didunia ini,mungkin jodohmu menanti di syurga sana…Ingatlah, bagi wanita maruah adalah segala-galanya."
pesanan buat diri dan juga shbt2 yg kucintai krn Allah..jgnlah takut andai tiada lelaki yg mdekati krn jodoh kita da pasti di tentukn Allah di luh mahfuz sne..kalo pn tiada di dunia ni bsgka baiklah pd Allah..kerana mgkn tiada lelaki yg layak digndingkn dgn kita di ats muka bumi ini..atau mgkn sj Allah telah tentukn jodoh kita di syurga menanti..jgn tlalu terbuai dgn manisnya bicara jejaka yg blum tentu milik kita..kerana lelaki yg bnar2 baik xkn mgkin buat kita lalai n mjauhkn kita dr Allah..lelaki yg baik xkn berkata2 laghah dgn perempuan tanpa apa2 kepentingan..ingatlah syaitan tak pernah rehat juga tidur utk menyesatkan kita umat manusia..syaitan akan mbuat sgala cara sehingga menampakkn dosa maksiat jd suci..bagaimana nk mbezakannya tepuk dada tanyalah iman..yg pastinya Islam itu mudah..yg salah tetp jelas slhnya dan yg benar tetp jelas bnarnya tiada istilah 50% dlm islam..kerana ragu2 itu juga mrupakan tipu daya syaitan..
sayangi diri hiasi peribadi teguhkan iman jauhkn kemungkaran..kita mampu mengubahnya
**AKU MERINDUIMU **
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu
Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu
Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu
Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju
merekalah penyebab saya disini..mereka kekuatan saya untuk menghadapi rintangan hidup..dari mereka saya belajar menjadi manusia yang sabar, menghormati orang lain, toleransi, memaafkan, mengasihi dan pelbagai soft skill yg kalo wujud dlm diri saya semuanya dari didikan yang saya terima dari mereka sejak saya berada di dalam rahim mama..
saya bersyukur lahir dari diri mereka..saya bersyukur darah yang mengalir di dalam tubuh ini dari mereka..sungguh mereka bukan saja guru yang mendidik anak bangsa..mereka guru yang tiada toleransi bila mendidik anak2 mereka erti kehidupan..kalau anak murid mereka di rotan bila melakukan kesalahan..saya juga pernah merasa peritnya rotan ayahanda..tapi itulah didikan yang membina dalaman saya hari ini...kesakitan itu pengajaran..kalau saya tak pernah diberi habuan itu saya yakin dan sangat pasti..saya mungkin tiada jati diri hari ini..anak manja yang tiada arah tuju..anak manja yang cuma tau merungut untuk setiap kekurangan yang tak terpenuhi...anak manja yang tak memikirkan saudara seIman, saudara atas dasar kemanusiaan kita yang sedang bergelumang dengan peluru kezaliman...ALLAHUAKHBAR!!!!
buat bonda: kasih sayangmu membawa ke syurga..terima kasih kerana membesarkanku dengan cintamu..sifat sabarmu amat ku cemburu..pemaafmu buatku ingin menjadi sepertimu..ikhlasmu memberi ilmu menyedarkanku...moga ya Allah akanku warisi sifat2 ibuku..mampukah aku?
buat ayahanda: kasih sayangmu mencari nafkah buat kami..melakukan tugas2 seikhlas hati sampai kami cemburu bertapa dikau bersungguh dalam pekerjaanmu..aku terlalu mementingkan diri di saat mahukn dikau sentiasa disisi kami..walau kami tahu dikau menjalankan amanah Ilahi..baruku sedar ayahandaku mendidik jiwaku supaya ku tahu kerja itu amanah Allah yang akan dipertanggungjawabkan kelak..mampukah setelah aku menjadi doktor aku melangsaikan amanahku seikhlas ayahku?
ya Allah..tarbiyyah kehidupanMu..
berjauhan dengan cinta hatiku..rasa tak mampu untuk ku teruskan
rindu yang tak terbendung..
ya Allah cekalkan hati ini..
moga rindu ini menjadi azimat, kekuatan dan semangat untuk aku terus berdiri menghadapi mehnah kehidupan...................................................










